Bancor – Peneraju Gelombang Baru Sistem Kewangan Desentralisasi

80

Bancor merupakan protokol blockchain dan terdiri daripada satu siri kontrak pintar yang menguruskan penukaran token dalam talian.

Protokol ini menjadikannya mudah dan cepat serta membolehkan pengguna menukar token matawang maya yang berbeza secara langsung dan serta merta daripada menukarnya di pertukaran cryptocurrency seperti Coinbase.

Bancor adalah protokol kecairan dalam rantaian yang memungkinkan pertukaran secara automatik dan desentralisasi di Ethereum.

Selain itu, Bancor dan Uniwap merupakan peneraju gelombang baru kepada sistem kewangan desentralisasi.

Protokol ini dibangunkan pada tahun 2017 oleh Eyal Hertzog, Galia Benartzi dan Guy Benartzi.

Nama Bancor dipilih sebagai penghormatan kepada John Maynard Keynes yang mencipta ‘Bancor’ sebagai nama untuk matawang rizab supra-nasional pada tahun 1944.

Melihat kepada carta BNT/USDT, pergerakan harga BNT nampaknya pernah mempamerkan lonjakan melebihi 600% sebelum kembali susut untuk menguji paras sokongan $2.80.

Namun pada penghujung pasaran Jun, harga BNT dilihat berjaya membuat kenaikan semula sebanyak 20% untuk kembali menguji paras SBR (support become resistance) sekitar $3.50.

Tetapi pergerakan harga tidak berjaya untuk menembusi paras SBR $3.50 tersebut apabila harga BNT menguji semula zon RBS (resistance become support) $3.0-$3.20 untuk membuat Higher Low (HL) yang terbaru.

Sekiranya harga BNT terus mengekalkan trend bullish, harga dijangka bakal menguji semula paras SBR $3.50 sebelum jangkaan menuju ke paras SBR seterusnya sekitar $3.90.

Manakala jika pergerakan harga BNT kembali susut, harga dijangka bakal menembusi zon RBS $3.0-$3.20 untuk kembali menguji paras sokongan $2.80 semula.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga BNT melonjak melebihi 3% untuk diperdagangkan di atas paras harga sekitar $3.30.

Lihat gambar carta matawang kripto BNT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat