Bangkit Semula! Celsius Rancang Lancarkan Token Baharu!

34

“Agaknya boleh menjadi ke langkah baharu Celsius ni?”

Demi bangkit semula daripada kebankrapan, syarikat pemberi pinjaman mata wang kripto Celsius berhasrat mengeluarkan aset digital terbarunya untuk memberi pampasan kepada pemiutang yang terkesan.

Cadangan tersebut adalah sebagai sebahagian daripada usahanya untuk penstrukturan semula bagi menjadi platform mata wang kripto yang lebih terkawal pada masa akan datang.

Menurut peguam Celsius yang bernama Ross M. Kwasteniet, pemiutang syarikat itu dapat diselesaikan sepenuhnya jika Celsius bertukar menjadi syarikat dagangan awam yang dilesenkan.

Daripada itu, pemiutang dan para pelabur Celsius akan dibenarkan untuk mengundi sebarang cadangan bagi penstrukturan semula ekosistem syarikat tersebut.

Dimaklumkan juga bahawa Celsius yang ingin laksanakan pelan pampasan selepas memfailkan bankrap telah berbincang dengan organisasi pemiutang berkenaan pembentukan syarikat dan pengeluaran aset digital baharu.

Meskipun begitu, keputusan masih belum diputuskan ekoran Hakim Bahagian Kebankrapan Amerika Syarikat (AS) Martin Glenn perlu mempertimbangkan terlebih dahulu dalam menentukan sama ada ingin menerima cadangan itu ataupun tidak.  

Ujar Kwasteniet lagi, Celsius akan memberikan butiran lebih terperinci mengenai objektif baharunya pada minggu ini melalui dokumen yang akan dikemukakan.

Tambahan itu, penstrukturan semula syarikat akan bersandarkan daripada portfolio pinjaman dan pelaburan lain seperti memiliki berpuluh-puluh ribu mesin mining aset digital.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat