Bank-Bank Global Membayar Denda Kira-Kira $321 Billion Sejak Krisis Kewangan 2007-2008 : BCG

42

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Boston Consulting Group, bank-bank di seluruh dikatakan telah membayar kira-kira $321 Billion denda sejak krisis kewangan yang berlaku pada tahun 2007 hingga 2008.

Menurut laporan berkenaan juga, hampir sepuluh tahun bank-bank dunia meninggalkan fasa berkenaan, industri ini masih belum pulih sepenuhnya.

Antara yang menyumbang kepada jumlah tertinggi ialah bank-bank di Amerika Utara. Jumlah keseluruhan denda hampir 63 peratus atau sebanyak $204 Billion pada tempoh 2009 hingga 2016.

Dalam masa yang sama, bilangan peraturan global telah meningkat pada skala kira-kira tiga kali ganda sejak 2011 kepada purata 200 semakan peraturan setiap hari.

Trump sebelum ini telah mengarah perubahan peraturan dan mengubah perundangan Akta Dodd-Frank yang terus akan menyebabkan peningkatan kos kawal selia terhadap bank-bank global. Beliau juga memihak kepada peraturan yang lebih longgar.

Trump dan beberapa pengkritik lain turut mengatakan undang-undang Dodd-Frank yang terlalu ketat dan dianggap menyekat pinjaman.

Pasaran Minyak Mentah Mula Bangkit Dari Kejatuhan Beberapa Sesi Sebelum Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat