Bank Dunia Jangka Ekonomi Malaysia Susut Sehingga 3.1% Tahun 2020

485

World Bank mengunjurkan ekonomi Malaysia susut 3.1% bagi 2020 berikutan aktiviti ekonomi yang perlahan kerana serangan wabak COVID-19, menyebabkan negara terpaksa melalui fasa perintah berkurung.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2019 adalah sebanyak 4.3% telah meletakkan negara di paras terendah sejak krisis kewangan global pada 2009.

Jangkaan bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2020 telah turun dari 4.6% pada Disember 2019 kepada 4.5%. Manakala bagi 2021, World Bank menjangkakan pertumbuhan akan meningkat 6.9% dengan pembukaan semula ekonomi.

Justeru, World Bank menekankan isu keperluan perlindungan bagi individu dan isi rumah di Malaysia terutama golongan rakyat berpendapatan bawah 40% (B40), golongan yang paling terkesan sepanjang musim pandemik.

Organisasi itu juga berpendapat bahawa program bantuan sosial di Malaysia setakat ini cuma memberi nafas lega yang sementara dalam usaha membanteras kemiskinan dan mempromosikan peluang pekerjaan.

World Bank juga memberi jaminan terhadap suntikan dana yang berterusan untuk mengurangkan tekanan kewangan yang teruk bagi golongan masyarakat yang paling terkesan di Malaysia, sekaligus menyokong penggunaan domestik dan pembangunan modal insan semasa kemelesetan ekonomi yang teruk.

Pihak mereka berharap pemerintah dapat memfokuskan kepada usaha bantuan isi rumah berpendapatan rendah dengan meningkatkan kegiatan aktiviti perlindungan sosial dan pemulihan sektor pekerjaan.

Walau bagaimanapun, World Bank tidak dapat menafikan bahawa keadaan ekonomi Malaysia masih kukuh berikutan pergantungan pada asas yang kuat.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat