Bank Frick Menjadi Institusi Kewangan Pertama Yang Menawarkan Pelaburan Langsung Matawang Crypto

379

Buat pertama kali, dalam dunia crypto, terdapat bank yang menawarkan pelaburan langsung matawang digital/crypto dan dalam masa yang sama  bank tersebut menjanjikan perlindungan sekuriti daripada penggodam.

Pada 28/2, Bank Frick yang berpusat di Liechtenstein menjadi institusi kewangan pertama yang membolehkan dagangan matawang crypto di negara tersebut. Penawaran ini oleh Bank Frick adalah bermotifkan untuk menjadi pemain pasaran dan perantaraan kewangan yang profesional.

Walaubagaimanapun hanya 5 jenis matawang crypto yang ditawarkan untuk perdagangan. Antaranya ialah Bitcoin, Bitcoin Cash, Ether, Ripple dan Litecoin. Perdagangan ini boleh dilakukan melalui platform Frick sekali sehari. Namun terdapat khidmat yang hampir sama ditawarkan di Switzerland.

Bagi melindungi daripada penggodam dan pencurian, Bank Frick menyimpan matawang crypto itu dalam suatu wallet khas iaitu Cold Storage wallet. Wallet ini terpisah daripada sebarang jaringan internet dan tidak dapat diggodam daripada luar.

Institusi kewangan tersebut mempunyai cita-cita untuk membawa perbankan crypto setaraf dengan perbankan traditional yang kita gunakan sekarang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat