Bank Gergasi Maghribi Umum Jalin Kerjasama Dengan Ripple!

3,799

Bank terbesar Maghribi iaitu Attijariwafa Bank merupakan antara institusi gergasi terkini yang menyertai rangkaian RippleNet. Pengendali perkhidmatan perbankan terkemuka di Maghribi itu memilih syarikat blockchain Amerika, Ripple sebagai rakan kerjasama bagi memajukan sistem pembayaran rentas sempadan antarabangsa

Laporan tempatan mendedahkan bahawa Attijariwafa Bank telah menjadi ahli ekosistem RippleNet. Dengan menyertai dunia kripto, institusi kewangan Maghribi telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju perbankan yang inovatif di rantau Afrika Utara. . Dengan ini, rakan-rakan perbankan Attijariwafa Bank dapat melakukan transaksi antara satu sama lain dari mana-mana tempat di pelosok dunia.

Adnane Driouech  yang merupakan pengurus korporat di bank tersebut menyatakan bahawa syarikatnya telah berusaha untuk memasuki industri teknologi moden dengan melancarkan beberapa inisiatif selama lebih setahun. Penyertaan bersama RippleNet dan integrasi blockchain merupakan satu peristiwa  penting untuk Attijariwafa Bank.

“Dengan RippleNet, sistem blockchain digunakan dan ia merupakan cara yang pantas dan mudah untuk menerima dana.” – Adnane Driouech  

Dalam masa yang sama, Attijariwafa Bank mengesahkan mereka turut bekerjasama dengan Thunes yang turut merupakan ahli rangkaian RippleNet. Kerjasama ini akan memberi manfaat terutamanya untuk penduduk Maghribi yang tinggal di United Kingdom dan Belanda.

Beberapa bulan yang lalu, projek blockchain bergabung tenaga dengan institusi perbankan lain, The Royal Monetary Authority (bank pusat Bhutan). Matlamat utama mereka adalah untuk melancarkan mata wang digital bank pusat di negara Asia.

The Royal Monetary Authority menjangkakan integrasi ini dapat meningkatkan pembayaran digital, transaksi pembayaran rentas sempadan serta mengembangkan usaha rangkuman kewangan sebanyak 85% menjelang tahun hadapan. Sebagai satu-satunya negara karbon negatif di seluruh dunia, Bhutan sangat tertumpu pada inisiatif hijau. Oleh itu, Ripple menjelaskan bahawa penyelesaian CBDC boleh menjadi padanan kepada matlamatnya untuk  menjadi negara neutral karbon.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat