Bank Hadapi Situasi Kritikal!

4,152

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan impak sebenar pandemik Covid-19 terhadap bank-bank tertakluk kepada keupayaan membayar hutang penyedia perkhidmatan kewangan dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang, bergantung kepada beberapa faktor.

Antara faktor terbabit adalah kadar pemulihan ekonomi Malaysia dan serantau selain inisiatif yang diambil oleh institusi kewangan untuk membantu peminjam yang layak.

Menurut BNM menerusi Tinjauan Kestabilan Kewangan untuk separuh pertama 2020, kesan sebenar pandemik Covid-19 terhadap keupayaan bank-bank untuk membayar hutang turut bergantung kepada langkah bank mengumpulkan penampan modal selain campur tangan dasar tambahan bagi menyokong pemulihan ekonomi.

Tambah laporan itu, kesan sebenar terhadap kekuatan modal bank dalam 12-18 bulan akan datang tertakluk kepada tahap ketidakpastian yang tertentu.

“Walaupun bank-bank dijangka lebih berhati-hati berdasarkan ketidakpastian dan prospek pemulihan yang tidak menentu, adalah penting untuk industri perbankan menyokong bisnes dan isi rumah yang layak sepanjang tempoh sukar ini.

“Penampan modal yang dibangunkan selama bertahun-tahun adalah bertujuan untuk menyokong bentuk pinjaman ketika tempoh sukar dan boleh digunakan.

“Malahan, penampan seperti itu adalah penting bagi bank-bank untuk kekal kukuh. Ini adalah penting untuk menyekat kesan yang lebih besar terhadap pertumbuhan ekonomi dan prospek pemulihan yang seterusnya akan mengakibatkan kerugian lebih tinggi terhadap bank,” menurut BNM.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat