Bank Kripto Jerman Nak Bankrap! Apa Nasib 500,000 Pengguna?

369

Bank kripto Jerman, Nuri dilaporkan bakal menutup perkhidmatannya susulan keadaan pasaran mata wang kripto kini yang masih bearish membebankan operasi firma tersebut.

Oleh demikian, bank tersebut telah mengarahkan 500,000 penggunanya mengeluarkan dana daripada akaun masing-masing sebelum penutupan perniagaan berlaku.

Difahamkan bahawa Nuri telah memfailkan insolvensi semasa pasaran kripto mengalami kejatuhan dan mengusahakan pelan penstrukturan semula dalam mengembangkan lagi perniagaannya tetapi rancangan tersebut gagal, ulas Ketua Pegawai Eksekutif Nuri Kristina Mayer.

Tambahnya lagi, Nuri harus mengharungi pelbagai rintangan seperti membuat pengumpulan dana baharu ekoran persekitaran ekonomi dan politik yang tidak memberangsangkan sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun ketika isu pemberi pinjaman kripto Celsius bertindak menyekat pengeluaran pengguna semasa syarikatnya bankrap, berbeza dengan Nuri yang tetap memberi akses kepada para pengguna untuk mengeluarkan kesemua asetnya sebelum 18 Disember.

Aset digital dalam akaun pengguna tidak akan terjejas oleh insolvensi Nuri malah para pengguna boleh berdagang sehingga 30 November 2022.

Sementara itu, Nuri terpaksa memfailkan insolvensi sementara disebabkan rakan kongsinya yang telah memburukkan keadaan. Walaupun tidak didedahkan entiti tersebut, berkemungkinan calon utama adalah Celsius.

Sebelum ini, Celsius telah bekerjasama dengan Nuri dalam menawarkan akaun faedah Bitcoin (BTC) kepada pelanggan tetapi diberhentikan apabila Celsius berdepan muflis.

Dalam pada itu, Mayer yakin bahawa blockchain, mata wang kripto serta kewangan terdesentralisasi bakal menawarkan peluang besar kepada banyak individu jika inovasi kewangan selamat dan mudah digunakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat