Bank Masih Mampu Lanjut Moratorium

386

Bank-bank di negara ini masih berkemampuan untuk melanjutkan tempoh moratorium dari Oktober ke Disember.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri ketika bercakap sewaktu sesi Dewan Rakyat hari ini, setiap keputusan untuk melanjutkan moratorium yang diumumkan oleh kerajaan, dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan membabitkan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM).

Menurut Abdul Rahim, sehingga kini RM66 bilion daripada RM100 bilion dana yang disediakan di bawah pakej rangsangan ekonomi, telah digunakan oleh bank-bank untuk bantuan moratorium.

Tambah beliau lagi, peminjam yang gagal untuk membayar pinjaman mereka selepas tempoh moratorium tamat, tidak akan dikenakan tindakan undang-undang.

Ujar Abdul Rahim, peminjam yang mempunyai masalah berkaitan hutang, boleh berjumpa dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang bedepan masalah pembiayaan perniagaan dengan institusi kewangan, Abdul Rahim memaklumkan mereka boleh meminta bantuan menerusi Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS) yang disediakan oleh BNM.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat