Bank of Japan Akan Meneruskan Program Pembelian Bon : Makato Sakurai

56

Ahli Lembaga Bank of Japan, Makato Sakurai berkata bank pusat akan meneruskan rancangan untuk membeli sejumlah besar bon kerajaan walaupun telah menukar sasaran dasar kepada sasaran yang baru. Beliau juga berpandangan bahawa program pembelian bon telah menghampiri had.

Dalam masa yang sama, penggubal dasar BoJ itu menggesa kerajaan dan syarikat-syarikat melakukan lebih banyak langkah bagi membantu inflasi seperti menaikkan gaji dan menggalakkan inovasi.

Beliau turut menambah bahawa pengurangan dasar sahaja tidak akan menyembuhkan masalah ekonomi.

Pada bulan September, BoJ telah mengubah dasar daripada sasaran percetakan wang tambahan kepada sasaran kadar faedah. Hal ini berikutan langkah pembelian asset yang dilihat gagal bagi menggerakkan ekonomi untuk keluar dari kelembapan dan mempercepatkan pergerakan kepada sasaran 2 peratus.

Sesetengan penganalisis menafsirkan bahawa langkah itu diambil kerana BoJ ingin mengurangkan pembelian asset dalam jangka masa panjang kerana bank pusat telah memonopoli hampir satu pertiga daripada keseluruhan pasaran bon.

Walau bagaimanapun, Sakurai telah menolak pandangan ini kerana beliau mengatakan bahawa rangka kerja ini bertujuan untuk memastikan dasar kewangan yang lebih efektif.

Kadar hasil bon sedang bergerak sejajar dengan sasaran bank pusat. Sakurai juga menepis kebimbangan yang disuarakan oleh beberapa pelabur yang mengatakan bahawa pembelian berskala besar oleh bank pusat telah merencat pasaran hartanah Jepun.

Sakurai juga antara salah seorang yang mengundi untuk menukar sasaran dasar kepada kadar faedah.

Emas Lemas Dalam Sesi Asia Gara-Gara Data Positif Dari China!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat