Data Positif Dari China Membenam Pengukuhan Emas!

33

Harga emas menjunam dalam sesi Asia pada Khamis setelah data dari China dikeluarkan positif.

Di Comex, emas merosot sebanyak 0.26% kepada $1,170.85 satu troy ounce. Sementara itu, dagangan silver futures pula jatuh sebanyak 0.21%, manakala copper futures meningkat dalam sesi ini.

China melaporkan pada Khamis bahawa data pembuatan CFLP separa rasmi meningkat bagi bulan November berbanding bulan lepas. Data non-manufacturing PMI China juga melonjak, begitu juga dengan data pembuatan sektor swasta untuk bulan November.

Index Caixin kini telah melebihi paras neutral kepada 50 mata bagi lima bulan berturut-turut, sekali gus menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi kedua terbesar telah kembali stabil.

Semalaman, harga emas turun sekali lagi pada Rabu berikutan jangkaan peningkatan kadar yang semakin menguat. Keyakinan pasaran itu menjejaskan prospek logam kuning dalam jangka masa pendek.

Pelabur menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar dalam mesyuarat bulan depan dengan jangkaan pasaran kini telah mencecah angka 94 peratus. Sejak emas tidak lagi dikenakan kadar faedah, logam kuning dilihat bekerja keras untuk menstabilkan kedudukan seiring dengan peningkatan kadar.

Emas juga dijangka melemah pada bulan akan datang apabila pasaran semakin memberi fokus kepada peningkatan kadar.

Apa yang lebih penting, pelabur sedang memberi tumpuan kepada Referendum Itali pada hujung minggu ini. Kesan undian itu akan menyebabkan ketidaktentuan politik dan pasaran yang tidak menentu.

Sementara itu, permintaan emas di India iaitu salah satu pembeli terbesar di dunia semakin merosot dengan jangkaan bahawa import ke sana boleh jatuh sekitar 60-70 tan dalam tempoh dua bulan akan datang.

BOE Lancar Strategi Untuk Atasi Serangan Siber!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat