BOE Lancar Strategi Untuk Atasi Serangan Siber Setelah 2.5 Juta Pound dicuri dari Bank Tesco!

44

Kes kecurian atas talian baru-baru ini terhadap akaun peruncit terbesar Tesco telah menyebabkan pihak berkuasa British mengambil langkah berhati-hati dengan menggubal contingency plan (rancangan luar di luar jangkaan). Menurut Bank of England, langkah ini membenarkan Tesco untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan serangan tersebut.

Dalam Laporan Kestabilan Kewangan Bank of England yang dikeluarkan dua kali setahun, atau juga dikenali sebagai CBEST Framework, ujian ini diperlukan untuk mengkaji ketahanan sesebuah firma terhadap serangan siber pada masa akan datang termasuk pemeriksaan mengejut secara kerap oleh penguatkuasa.

Firma-firma ini juga tertakluk kepada Ujian Data Tahan Siber berdasarkan ancaman-ancaman yang biasa berlaku seperti yang telah ditetapkan oleh Pusat Keselamatan Siber Negara yang baru.

BoE berkata insiden tahun ini benar-benar menimbulkan ancaman serius kepada sistem kewangan.

Pada awal bulan ini, Tesco melaporkan bahawa 2.5 juta Pound telah dicuri dari 9,000 pelanggannya.

Justeru, sebagai tindak balas kepada kejadian itu baru-baru ini, pihak berkuasa UK melancarkan rancangan luar jangka bagi berkongsi maklumat risikan. Maklumat ini berguna buat institusi lain bagi mengkaji daya tahan mereka terhadap ancaman seperti itu pada masa akan datang.

Ini Reaksi Serta-Merta Oleh Pasaran Minyak Mentah Setelah OPEC Memotong Bekalan Semalam!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat