Bank Pusat China disaran Menggunakan Rizab Asing Bagi Mengembalikan Nilai Yuan

29

China disarankan untuk menggunakan rizab asing bagi membantu dalam mengekalkan keyakinan pasaran terhadap matawang Yuan.

Yuan merosot kepada nilai terendah selama 8 tahun setengah berbanding US Dollar sejak beberapa minggu kebelakangan ini telah mengancam peningkatan dalam aliran keluar modal.

Akhbar 21st Century Business Herald melaporkan bahawa, penasihat Bank Rakyat China (PBOC) dalam satu forum di Beijing Sheng Songcheng mengatakan bahawa ini adalah masa terbaik untuk menstabilkan matawang Yuan.

Sheng berkata sebelum ini pasaran telah menjangkakan susut nilai bagi matawang Yuan, namun jangkaan itu masih tiada asas berikutan ekonomi China yang masih stabil.

Walaupun begitu, dalam masa terdekat, Sheng mencadangkan PBOC untuk menggunakan sebahagian daripada rizab asing China bagi menguatkan matawang Yuan sekali gus mengekalkan keyakinan pasaran.

Katanya lagi, pasaran dilihat lebih percaya dengan apa yang mereka lihat, daripada yang diutarakan sendiri oleh PBOC.

Dalam pada itu, Sheng juga percaya bahawa PBOC boleh menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur.

Jangan Abaikan Laporan-Laporan Penting Yang Bakal Dikeluarkan Sepanjang Minggu Ini! (5-9 Disember 2016) 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat