Bank Pusat England (BoE) Umum ‘Pendekatan Kawal Selia Pasaran Kripto’ Telah Bermula!

462

Bank of England pada hari Khamis mengumumkan bahawa mereka telah mula merangka pelan pengawalseliaan pertama Britain untuk matawang kripto kerana kekhuatiran pertumbuhan pesatnya boleh menimbulkan risiko kepada kestabilan kewangan pada masa hadapan jika dibiarkan tanpa dikawal.

Matawang kripto telah menjadi perhatian para penggubal dasar di tengah-tengah kebimbangan bahawa ia boleh di manfaatkan untuk melepasi sekatan kewangan yang dikenakan ke atas Rusia sejak pencerobohannya ke atas Ukraine.

Menurut Jawatankuasa Dasar Kewangan (FPC) BoE dalam satu kenyataan, “walaupn matawang kripto belum lagi efektif sebagai langkah alternatif untuk melepasi sekatan secara berskala pada masa ini, namun tingkah laku ke arah tersebut menyebabkan perlunya untuk mengawal selia bagi mengekalkan kepercayaan dan integriti yang lebih luas dalam sistem kewangan”.

Matawang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum sebahagian besarnya tidak dikawal kerana ia berada di luar ‘jankauan’ kawal selia dan perubahan undang-undang diperlukan untuk menjadian matawang kripto termaktub di bawah peraturan sekuriti UK.

FPC berkata risiko langsung kepada kestabilan kewangan daripada kripto pada masa ini adalah terhad, tetapi jika kadar pertumbuhan baru-baru ini terus berlaku dan tidak dikekang maka akan ada risiko pada masa hadapan.

Sektor kripto secara global telah berkembang sepuluh kali ganda antara awal 2020 dan November 2021, dan kini berjumlah $1.7 trilion atau 0.4% daripada aset kewangan global, dengan lebih 17,000 token aset kripto berbeza dalam edaran.

BoE kini memberi tumpuan untuk memastikan risiko daripada kripto dapat dikawal dalam sektor perbankan. Financial Conduct Authority memberi penegasan bahawa firma-firma dibawah mereka mesti menjelaskan sepenuhnya kepada pengguna mengenai risiko matawang kripto.

BoE sedang dalam proses menjalankan kajian mengenai peraturan untuk stablecoin dan matawang kripto, dalam masa yang sama merancang untuk merangkan model kawal selia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat