Bank Pusat Jepun Menepati Jangkaan Pasaran, Kadar Faedah Kekal -0.10%

102

Bank Pusat Jepun (BoJ) mengekalkan perlaksanaan polisi monetari sebelum ini pada Selasa. Terdapat petunjuk bahawa BoJ yakin akan mencapai sasaran inflasi iaitu pada 2%.

Berdasarkan undian majoriti, kadar faedah dikekalkan pada -0.1% dan sasaran hasil bon Jepun (JGB) pada pada 0%. Bank pusat akan meneruskan pembelian bon JGB sebanyak ¥80 trillion setahun. Selain itu, BoJ juga mengekalkan pembelian saham J-REIT dan ETF pada ¥90 billion dan ¥6 trillion.

Namun Goushi Kataoka yang merupakan salah seorang ahli lembaga membantah keputusan mengekalkan kadar faedah. Bagi beliau BoJ harus mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar faedah jika terdapat penangguhan dalam mencapai sasaran harga yang disebabkan faktor domestik.

Berdasarkan laporan bank pusat, ekonomi Jepun akan terus berkembang berikutan perlaksananan monetari polisi yang akan menjana ekonomi. Ekonomi luar negara juga akan berkembang dengan kadar yang sederhana pada tahun 2018. Pada tahun 2019, ekonomi akan terus berkembang namun dijangka dengan kadar yang semakin perlahan berikutan kesan peningkatan cukai dan kelembapan dalam pelaburan tetap perniagaan.

Matawang US Dolar menyusut berbanding yen iaitu sebanyak 0.01% kepada 113.16.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat