Bank Pusat Kanada Memilih Untuk Kekalkan Kadar Faedah Walaupun Ditengah Kekhuatiran Perdagangan Global!

184

Imbangan Perdagangan Kanada semakin mengkhuatirkan apabila defisit imbangan perdagangan pada bulan Julai melebar (meningkat) daripada jangkaan. Antara faktor utama yang mendorong kepada perkara ini ialah kejatuhan penghantaran bahan tenaga ke luar negara buat bulan kedua.

Defisit perdagangan Kanada meningkat ke jumlah 1.12 bilion dolar Kanada pada Julai 2019 daripada 0.06 bilion Kanada dolar pada bulan sebelumnya. Bacaan ini jauh mengatasi bacaan jangkaan pakar ekonomi yang menjangkakan bahawa defisit hanya akan meingkat kepada C$350 juta.

Eksport Kanada jatuh sebanyak 0.9% berikutan kejatuhan penghantaran bahan tenaga sebanyak 6.7%. Selain itu, eksport minyak mentah juga mengalami kejatuhan yang besar iaitu sebanyak 7.7%. Ketidakpastian pergerakan ekonomi berikutan isu perang dagang yang semakin tegang antara Amerika Syarikat dan China telah menghambat prospek eksport.

Pada hari ini Bank of Canada telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah pada paras 1.75% walaupun ditengah konflik perdagangan yang semakin tegang.

Menurut Bank Pusat Kanada, ekonomi negara masih bertumbuh pada kadar yang sihat walaupun ditengah ketidakpastian perdagangan global. Eksport juga berkembang jika dinilai secara keseluruhan, pasaran hartanah juga menunjukkan tanda-tanda akan melonjak naik dan kadar upah semakin meningkat. Walaubagaimanapun, pelaburan perniagaan masih lemah berikutan perang dagang.

Tambah Bank Pusat tahap pelonggaran monetari adalah sesuai dan akan memberi perhatian terhadap perkembangan global dan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat