Bank Pusat Kanada Punca Harga USD/CAD Merosot Teruk!

399

Tepati jangkaan!

Penantian terhadap keputusan mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) akhirnya telah terungkap dan menepati jangkaan untuk bank pusat itu membuat ‘tapering’ dengan menamatkan pembelian bon mingguan.

Ekoran daripada faktor tersebut, BOC juga ingin merencana dalam meningkatkan kadar faedah pada tempoh lebih awal dan secara tidak langsung terus memacu dolar Kanada untuk papar pengukuhan.

Impak penguasaan dolar loonie tampaknya terbantut susulan harga minyak mentah yang mengalami kejatuhan ketara pada sesi dagangan semalam (Rabu) angkara data EIA yang sungguh mengecewakan.

Meskipun begitu, pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD dilihat mempamerkan sedikit percubaan untuk tembusi zon SBR (support become resistance) 1.24000 pada sesi Eropah (Rabu) sebelum kembali junam.

Junaman berkenaan nampaknya ditekan oleh pengetatan dasar polisi yang ditetapkan oleh BOC ketika awal sesi New York semalam dengan terjunan lebih 100 pips untuk kembali menguji zon sokongan 1.23000.

Namun zon sokongan itu telah pun menyokong lonjakan pada penghujung sesi serta bersambung ke sesi dagangan hari ini (Khamis) sehingga menuju semula ke paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Harga berkemungkinan bakal terus menyusut untuk kembali menguji zon sokongan 1.23000 sekali lagi sekiranya pergerakan harga kembali memberi reaksi bagi membuat ‘retracement’ daripada trendline support.

Trend bearish akan jelas kelihatan andai kata harga terus menjunam ke paras lebih rendah dan dijangka bakal rekodkan paras terendah terbaharu 4 bulan.

Sebaliknya jika harga berupaya untuk menembusi zon SBR 1.24000 pada kali ini, momentum lonjakan yang agresif akan memerhatikan pergerakan harga mencapai kepada zon SBR seterusnya pada 1.25000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat