Bank Pusat Lain Semakin Hawkish, BOJ Macam Mana Pula?

264

Bank Pusat Jepun (BOJ) perlu mengekalkan dasar monetarinya yang longgar kerana kadar inflasi masih berada jauh di bawah jika dibandingkan dengan ekonomi utama lain, kata Gabenor Haruhiko Kuroda.

Lonjakan inflasi yang tinggi telah mencetuskan kebimbangan bank pusat di seluruh dunia, termasuk Federal Reserve (Fed) dan Bank Pusat England (BOE) yang telah mula melakukan pengetatan dan menaikkan kadar faedah.

Bagaimanapun, inflasi masih lagi terbantut di Jepun berikutan penangguhan dalam pemulihan ekonomi daripada pandemik coronavirus dan tanggapan isi rumah serta firma bahawa harga tidak akan meningkat banyak.

Menurut Kuroda, upah nominal di Jepun tidak meningkat ketara dan ia sukar untuk melihat inflasi akan mencapai sasaran 2% secara berterusan melainkan upah meningkat seiring dengan kenaikan harga.

Justeru, adalah penting bahawa pelonggaran dalam dasar monetari dikekalkan untuk menyokong ekonomi dan membantu menjana pertumbuhan upah dan harga yang stabil, ujar Kuroda.

Kenyataan itu dibuat selepas Bank Pusat Eropah (ECB), yang dianggap paling dovish di kalangan bank pusat utama lain, telah mengejutkan pasaran dengan berubah hawkish selepas mengakui mengenai risiko inflasi dan mengemukakan kemungkinan kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat