Bank Pusat New Zealand Diserang!

400

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) memberitahu bahawa salah satu sistem datanya telah diserang oleh penggodam yang tidak dikenali dan berpotensi untuk mengakses maklumat sensitif secara komersial dan peribadi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bank pusat pada hujung minggu, perkhidmatan perkongsian fail pihak ketiga yang digunakan oleh RBNZ untuk berkongsi dan menyimpan maklumat sensitif telah diakses secara haram.

Gabenor Adrian Orr kemudiannya memberitahu bahawa isu serangan itu telah berjaya dikawal dan sistem tersebut ditutup sementara.

Bagi bertindak balas kepada perkara tersebut, bank pusat dikatakan sedang bekerjasama dengan pakar keselamatan siber domestik dan antarabangsa serta pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Sementara itu dalam kenyataan terbaru yang diterbitkan hari ini, bank pusat itu mengatakan bahawa serangan siber yang berlaku tidak hanya disasarkan kepada RBNZ sahaja, malah, turut melibatkan pengguna perkhidmatan lain.

Gabenor Orr turut memberitahu bahawa fungsi teras dan sistem kewangan New Zealand tetap kukuh dan ia dibuka untuk terus beroperasi.

Bank pusat dikatakan akan memberi penerangan lebih lanjut mengenai perihal ini apabila sesuai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat