Bank Pusat UK Umumkan Kadar Faedah Utama Dikekalkan! Ini Kesan Terhadap Matawang Pound!

3,274

Bank Pusat UK (Bank of England) telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah utama pada paras terendah 0.1% pada hari Khamis dan dalam masa yang sama BoE mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka bersedia untuk meningkat pembelian aset lebih lanjut bagi menyokong ekonomi negara atau mengetatkan keadaan kewangan yang tidak wajar.

BoE mengatakan bahawa pihak mereka mengekalkan jumlah keseluruhan program pembelian bon dimana sebahagian besarnya terdiri daripada hutang kerajaan dan beberapa bon korporat yang berjumlah £645 bilion ($ 774 bilion).

Sehingga kini bank pusat telah mengambil langkah drastik dengan mengurangkan kadar faedah utama pada awal bulan ini dan meningkatkan program pembelian sebagai langkah membendung impak penularan wabak Covid-19 terhadap ekonomi.

Matawang pound setakat ini masih mencatat pengukuhan berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 1.18% pada paras 1.2028.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat