Bantuan COVID-19: Ini Berita Baik Untuk Pengusaha Perniagaan Kecil

520

Para pengusaha perniagaan kecil dan sederhana (PKS) tidak perlu bimbang dan boleh menarik nafas lega kerana pihak bank akan kekal menyokong perniagaan menerusi pembiayaan.

Menurut Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), pembiayaan oleh anggota bank ABM sudah tersedia untuk peminjam yang layak. Justeru, mereka memainkan peranan penting dalam menyediakan akses kepada pembiayaan terutama bagi perniagaan yang telah terjejas teruk kerana wabak Covid-19.

Dengan kerjasama antara ABM dan Bank Negara Malaysia (BNM) peruntukan yang disediakan telah bertambah nilai daripada RM4 bilion kepada RM13.1 bilion.

ABM turut menjelaskan dengan wujudnya dana ini, bantuan akan diberikan kepada golongan perusaha PKS dalam mengekalkan operasi perniagaan sekaligus memelihara peluang pekerjaan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi.

Dilaporkan sehingga 2 April yang lalu, pihak institusi kewangan telah meluluskan kira-kira 1,300 permohonan dengan pembiayaan berjumlah RM682 juta di bawah tiga jenis kemudahan.

Kemudahan tersebut ialah Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Kemudahan Automasi dan Digital PKS (SME Automation and Digitalisation Facility, ADF) dan Kemudahan Agromakanan (Agrofood Facility, AF).

PKS memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara. Malah, dianggap sebagai tulang belakang kepada pembangunan industri Malaysia. Justeru, begitu penting untuk bank-bank menyediakan peruntukan bagi membantu dan menyediakan pembiayaan kepada peminjam yang layak.

Namun, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan proses permohonan pinjaman mengambil masa yang lebih lama berbanding biasa.

Mereka turut disarankan untuk mempertimbangkan alternatif lain seperti Dana Pelaburan Malaysia (MyCIF) yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti Malasia (SC).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat