Banzai! Berita Dari BOJ Mengembalikan Keuntungan Pasaran Ekuiti

180

Tindakan mengejut Bank of Japan (BOJ) terhadap kawalan hasil bonnya, membolehkan kadar faedah jangka panjang meningkat tinggi, tampak memberi kelebihan kepada aset berisiko ekuiti.

Buat masa ini dolar ditekan jatuh oleh pengukuhan Yen selepas keputusan BOJ semalam, sekaligus mendorong aset berisiko dan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) melonjak.

Wall Steet menerbalikkan penjualan 4 sesi berturut-turut dengan Dow Jones Industrial Average naik 0.28% pada 32,894.74, S&P 500 canak 0.10% pada 3,821.62 dan Nasdaq Composite tambah 0.01% pada 10,547.11.

Indeks STOXX 600 Eropah turun 0.40%, ditarik jatuh oleh saham teknologi dan perindustrian yang sensitif terhadap kadar faedah selepas pengumuman BOJ sementara tolok saham global canak 0.16%.

Sesi dagangan Asia pagi ini menyaksikan Nikkei 225 Jepun jatuh 0.5% dengan Topix hilang 0.48% tatkala Kospi Korea Selatan naik 0.4% dan S&P/ASX 200 Australia naik 1.19%.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan menikmati lonjakan tertinggi selepas pengumuman BOJ dengan penanda aras nota 10 tahun canak pada 3.583% sementara bon 30 tahun capai 3.623% semasa penutupan semalam.

Mencerap sedikit situasi dolar, indeks greenback jatuh 0.69% sementara Euro naik 0.17% pada $1.0623 manakala Yen canak 3.94% pada $131.71 dan Pound naik 0.26% pada $1.3178.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat