Barrack Obama Pun Terlibat Scam Bitcoin?

1,036

Jangan terkejut jika semalam anda melihat individu-individu ternama dari bidang politik sehinggalah ke selebriti, telah mempromosikan skim matawang kripto menerusi akaun media sosial Twitter mereka.

Namun ini adalah tindakan oleh ‘scammer’ yang mensasarkan akaun laman sosial Twitter barisan figura terkemuka yang buat pertama kalinya diserang penggodam semalam dengan agenda mempromosi penipuan matawang Bitcoin.

Mangsa merupakan dari kalangan ahli politik dan usahawan seperti bekas Presiden AS Barrack Obama, calon Presiden AS Joe Biden, jutawan terkenal Bill Gates, Warren Buffet, Jeff Bezos, Elon Musk, Kanye West dan tidak terkecuali syarikat Uber Technologies Inc., Apple Inc. serta Michael Bloomberg, pengasas Bloomberg LP.

Akaun yang berjaya digodam memuat naik ciapan jaminan pulangan wang dua kali ganda bagi mereka yang menyumbang dana melalui Bitcoin dalam tempoh 30 minit, menggunakan pautan yang diberi.

TrendsMap.com mendedahkan frasa “Saya pulangkan kepada komuniti kerana COVID-19” telah ditwit sebanyak 3,330 kali.

Berikutan daripada isu tersebut, akaun mangsa godam disekat untuk twit atau memperbaharui kata laluan sepanjang siasatan oleh pihak Twitter.

Ini juga mungkin menjadi faktor yang menyebabkan anda mengalami kesulitan ketika mengakses akaun peribadi media sosial Twitter anda dalam masa terdekat ini.

Laporan menyatakan sebanyak 12 Bitcoin, bernilai lebih dari $110,000 telah dihantar. Coinbase, platform pertukaran matawang Bitcoin terpaksa menyekat penggunanya daripada menghantar wang ke pautan tersebut.

Walaupun mangsa-mangsa VIP Twitter menggunakan katalaluan yang kuat dan pengesahan dua faktor (two-factor authentication), kegiatan tersebut dijayakan menggunakan aplikasi web Twitter.

Saham Twitter dilihat susut lebih dari 3% dan pihak mereka juga turut mengumumkan mangsa kini dibenarkan memuat naik ciapan semula.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat