Baru 3 Minggu Naik Pangkat, CEO Pharmaniaga Bhd Letak Jawatan

1,016

Selepas tiga minggu dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pharmaniaga Bhd, Datuk Zulkarnain Md Eusope meletakkan jawatannya pada hari Selasa (14 Mac).

Menurut pemfailan kepada bursa tempatan, beliau melepaskan jawatan tersebut untuk mencapai kepentingan lain.

Untuk rekod, Datuk Zulkarnain telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif pada 22 Februari lalu, setelah berkhidmat sebagai pengarah urusan Pharmaniaga sejak 1 September 2020.

Menerusi perlantikan itu, beliau diberi kepercayaan untuk menyelesaikan krisis kewangan syarikat tersebut susulan prestasi yang menyuramkan pada tahun lepas.

Pharmaniaga mencatat kerugian terburuknya sebanyak RM664.39 juta pada suku keempat berakhir Disember 2022, selepas terkesan oleh kelemahan permintaan vaksin Covid-19 menyebabkan banyak bekalannya yang tidak terjual.

Impaknya, syarikat itu disenaraikan sebagai di bawah kategori PN17, atau berdepan masalah kewangan.

Rentetan daripada pengunduran Datuk Zulkarnain, firma tersebut akan meneruskan operasi perniagaan seperti biasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat