Baru Berusia 19 Tahun, Tapi Dah Jana Pendapatan Lebih $25,000 Setiap Bulan Dengan Forex Trading!

1,224

Christian J Smith atau lebih dikenali sebagai ‘Mr Frost’ merupakan seorang remaja lelaki yang berusia 19 tahun berasal dari New York, Amerika Syarikat. Selain itu, namanya tidak asing lagi daripada dunia forex trading bahkan menjadi inspirasi buat semua forex trader.

Hal ini demikian kerana beliau adalah salah seorang forex trader termuda yang berjaya menjana pendapatan lumayan iaitu lebih daripada $25,000 setiap bulan! Memang kaya-raya!

Bukan itu sahaja! Mr Frost juga menubuhkan sebuah akademi forex yang dikenali sebagai Frost Fx The Market Masters, terdiri daripada ratusan ahli dari  lebih 15 buah negara dan berjaya mengubah kehidupan mereka. Melalui akademi tersebut, Mr Frost turut menjana pendapatan sebanyak lebih daripada $10,000 setiap bulan dengan menjalankan aktiviti mentorship dan perniagaan atas talian.

Tambahan daripada itu, akademi berkenaan merupakan salah satu insiatif beliau untuk membantu orang ramai dalam mencapai kebebasan kewangan.

Apa yang mengejutkan ialah Mr Frost adalah seorang pelajar aliran seni. Daripada menjadi seorang artis yang menggunakan pen dan kertas, beliau memilih untuk menjadi artis yang menggunakan carta. Oleh itu, beliau memutuskan untuk berhenti belajar di kolej yang baru dimasuki selama 3 bulan dan menfokuskan kepada kerjayanya sebagai seorang forex trader.

Hakikatnya, beliau telah berjaya menjana keuntungan berganda dalam forex trading sejak di bangku sekolah menengah lagi! Hebat, bukan?

Berdasarkan pengalamannya dalam forex trading, Mr Frost mendedahkan tentang kepentingan memiliki mindset yang baik buat semua forex trader dan menegaskan supaya mereka tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat