Baru Seminggu Jadi ‘Big Boss’ Twitter, Elon Musk Kena Saman!

425

‘Betul lah tu nak berhentikan pun ada cara, bukan main buat je.’

Tindakan pemecatan besar-besaran segera oleh Elon Musk terhadap para pekerja Twitter Inc mendapat balasan kurang 2 minggu selepas pemerolehan rasminya.

Difahamkan bahawa di bawah perundangan Akta Pemberitahuan Pelarasan dan Latihan Semula Pekerja Persekutuan (WARN), memerlukan syarikat besar mengeluarkan notis pemberhentian sekurang-kurangnya 60 hari.

Namun, pemecatan segera yang dibuat Musk sebaik menduduki pejabat Twitter di San Francisco telah melanggar akta tersebut dan dikenakan tindakan kelas saman pada Khamis.

Menurut pemfailan mahkamah San Francisco, Twitter kini terlibat dengan pemberhentian besar-besaran tanpa mengeluarkan notis keperluan seperti yang termaktub dalam akta WARN.

Pihak Twitter setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai saman tersebut.

Sebagai rekod, hampir 3,700 pekerja di Twitter telah dipecat sejak pemerolehan $44 bilion oleh Elon Musk mencapai penyelesaian.

Ketika itu, pihak Twitter telah mengeluarkan kenyataan berkenaan pembuangan tersebut dengan mengatakan ia adalah tindakan yang diambil dalam memastikan pertumbuhan syarikat bergerak lancar di sebalik situasi suram ekonomi.

Lanjutan dari kenyataan tersebut mengatakan bahawa syarikat mengenal pasti tindakan tersebut akan memberi kesan kepada pekerja-pekerja yang diberhentikan namun ia adalah langkah yang terpaksa diambil.

Dalam pada itu, rata-rata pekerja Twitter memaklumkan bahawa mereka menerima memo pemberhentian kerja segera menerusi email syarikat pada Jumaat lepas sebaik Musk sah menjadi pemilik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat