Beam (BEAM) Gabungan Dua Protokol Blockhain Ini Memberi Isyarat Positif?

311

BEAM berperanan sebagai platform confidential kewangan yang tidak berpusat (DeFi), berjalan pada gabungan dua protokol blockchain (LelantusMW dan Mimblewimble).

Dilancarkan pada Mac 2018 oleh beberapa ahli pasukan terkemuka Beam termasuk Alexander Zaidelson, Alex Romanov dan Amir Aaronson.

Uniknya, blockchain beam dibina pada bahasa pengaturcaraan C++ dari awal, membolehkan kewangan counterparties membuat transaksi yang selamat, stabil dan boleh dipercayai serta membantu menghapuskan masalah mismanagement data pengguna yang memastikan sistem lebih bersih dan lebih selamat.

Seterusnya, meneliti kepada carta pergerakan semasa harga BEAM/USDT

Pergerakan harga dapat dilihat berjaya menghasilkan kenaikan lebih 600% pada Bull season lepas mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai paras harga $2.10 pada 10 April yang lalu.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga BEAM dilihat sedang memberi isyarat positif untuk membuat momentum kenaikan bagi menguji kembali zon resistance sekitar $0.54.

Jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal menyaksikan momentum tersebut, ia mungkin bakal menembusi zon Resistance $0.54 tersebut dan bakal menuju ke zon resistance seterusnya sekitar $0.60 untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga menunjukkan trend penurunan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $0.48 sebelum meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan.

Sewaktu penulisan, BEAM/USDT didagangkan pada harga sekitar $0.52 dengan nilaian pasaran lebih $48 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-430 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto BEAM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat