Beijing Tak Puas Hati, Australia Sengaja Cari Pasal

373

China meluahkan rasa tidak puas hatinya dan merasa tidak adil terhadap desakan Australia untuk menjalankan siasatan ke atas negara itu mengenai asal-usul wabak pandemik Covid-19.

Ini disusuli dengan dakwaan bahawa pentadbiran Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah membantu Amerika Syarikat untuk menyerang Beijing.

Dalam ucapannya kepada pihak media di Canberra pada Rabu, wakil ketua misi China ke Australia, Wang Xining mengakui bahawa Covid-19 pada asalnya dikesan buat pertama kali di China tetapi penemuan penyelidikan daripada saintis juga perlu diambil kira.

Apabila ditanya sama ada tindakan Beijing yang mengenakan sekatan terhadap beberapa barangan import dari Australia mempunyai hubung kait dengan gesaan Morrison untuk menjalankan siasatan tersebut, Wang Xining tidak memberi kenyataan lanjut mengenainya.

Ketegangan antara Australia dan rakan dagang utamanya, China telah meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lebih-lebih setelah Canberra menggesa supaya siasatan mengenai asal-usul coronavirus dijalankan ke atas Beijing.

Susulan itu, China telah mengenakan tarif untuk barli Australia, menangguhkan import daging lembu dan memberi amaran kepada para pelajar dan rakyatnya untuk tidak melakukan perjalanan ke Australia berikutan isu diskriminasi kaum.

Terbaru, pada minggu lepas, China telah mengumumkan siasatan anti lambakan ke atas impost wain daripada Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat