Bekalan BTC Berkurangan, Harga Berpotensi Naik Lagi?

222

“Semua mesti nak harganya naik, tapi macam mana kalau tak?

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang akhirnya berjaya menembusi semula $66,000 telah menyebabkan bekalannya di bursa centralized (CEX) merudum ke paras terendah baharu apabila sentimen positif semakin meningkat.

Pengalihan besar-besaran aset digital daripada bursa kripto menunjukkan tekanan kenaikan harga yang menandakan pegangan jangka panjang, jadi di sini dapat dilihat aset digital telah dipindahkan pada penjaga lain manakala aliran ke bursa kripto menurun.

Menurut Bybit pada bulan lalu, bekalan BTC di bursa kripto mungkin kehabisan dalam sembilan bulan susulan daripada acara halving dan spot BTC ETF yang mendorong banyak pelabur untuk membeli lebih banyak aset digital itu.

Pendakian harga BTC turut tercetus apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS) lemah telah meningkatkan kebarangkalian Federal Reserve (Fed) mungkin melaksanakan pemotongan kadar faedah pada musim panas.

Bukan itu sahaja, banyak pihak juga menjangkakan Bank of England (BOE) dan Bank Pusat Eropah (ECB) akan memotong kadar faedah pada Jun 2024 kemudian perlu diketahui Bank Negara Switzerland (SNB) serta Riksbank Sweden telah pun mengurangkan kos pinjaman penanda arasnya.

Suka dimaklumkan QCP Capital berpangkalan di Singapura meramalkan BTC akan melihat kenaikan lebih $72,000 sejurus selepas mereka menganalisis kadar inflasi AS dan faktor teknikal semasa yang memihak pada kenaikan harganya.

Pun begitu, pengasas Capriole Investments Charles Edwards berpandangan seluruh pasaran kripto termasuk saham akan mengalami fasa consolidation dalam masa empat hingga lima bulan terlebih dahulu sebelum naik tinggi.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC yang kini didagangkan pada paras $65,345 telah menjunam sedikit 0.94% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi tetap mencatatkan lonjakan 3.93% sepanjang minggu lepas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat