Bekas Pekerja Kedai Runcit Datuk Warren Buffet Kini Miliki Kekayaan Cecah $17.4 Bilion

607

Charlie Munger dilahirkan di Omaha, Nebraska pada 1924. Ketika menginjak ke zaman remaja, beliau telah bekerja di Buffett & Son, sebuah kedai runcit kepunyaan datuk Warren Buffett.

Seterusnya, Munger melanjutkan pelajaran ke University of Michigan dalam bidang matematik. Tidak lama kemudian, beliau memutuskan untuk berhenti selepas beberapa hari umurnya mencecah 19 tahun. Hal ini demikian kerana beliau memilih untuk berkhidmat di Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Setelah itu, beliau meneruskan pengajiannya dalam bidang meteorologi di Caltech, Pasadena, Calif. Dengan minatnya yang begitu mendalam terhadap pelajaran, beliau telah menyertai bidang lanjutan melalui beberapa universiti. Uniknya, Munger telah masuk ke Harvard Law School tanpa sebarang ijazah sarjana muda yang berkaitan bahkan lulus dengan cemerlang pada 1948.

Di samping itu, Munger juga merupakan salah seorang ahli Biro Bantuan Guaman Harvard.

Pada tahun 1962, beliau telah menubuhkan sebuah firma guaman hartanah, Munger, Tolles & Olson, yang kini menjadi sebuah firma guaman terkemuka. Beberapa lama kemudian, beliau terpaksa meninggalkan dunia guaman untuk menumpukan perhatian kepada pengurusan pelaburan.

Hal ini disebabkan oleh pertemuannya dengan Buffett untuk mengembangkan lagi kerjasama pelaburan mereka. Melalui kerjasama yang terjalin, mereka berjaya memperoleh pulangan sebanyak 19.8% dalam tempoh 1962 hingga 1975.

Oleh itu, Munger kini dikenali sebagai individu yang paling dipercayai oleh Warren Buffett bahkan beliau dilantik sebagai naib pengerusi Berkshire Hathaway Corp, syarikat kepunyaan pelabur terkemuka tersebut. Di samping itu, Buffett turut menggelarkan Munger sebagai rakan kongsi dan orang kanannya.

Selain itu, beliau juga merupakan pengerusi Daily Journal Corp yang berpangkalan di Los Angeles dan pengarah Costco Wholesale Corp. Kekayaan yang dimiliki oleh Murger dianggarkan sebanyak $17.4 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat