Bekas PM Kanada Ramalkan Bitcoin, CBDC Gantikan Dolar AS

435

Bekas perdana menteri Kanada, Stephen Harper memberitahu ada kemungkinan untuk Bitcoin (BTC) dan matawang digital bank pusat (CBDC) menjadi rizab matawang utama menggantikan dolar.

Menerusi temubual bersama perkhidmatan pelaburan Cambridge House, Jay Martin di Vancouver Resource Investment Conference, Harper menjelaskan pandangannya itu bersandarkan pada matawang utama seperti Euro atau yuan China.

Bagaimanapun, timbul keraguannya terhadap kedua-dua matawang tersebut sama ada dapat dilaksanakan sebagai matawang alternatif atau pun tidak ekoran dua faktor melibatkan ketidakpastian nilai Euro untuk jangka panjang dan tindakan pemerintah China terhadap nilai yuan.

Jelasnya lagi, CBDC pada akhirnya terpaksa akur dengan dasar monetari seluruh dunia. Disebabkan itu Harper bimbang jika bank-bank pusat menjadi “bank umum”, tidak hanya sekadar pemantau kewangan yang mana akan memberi impak kepada pelancararan mana-mana CBDC.

“Jika anda memiliki matawang digital dan tujuan bank pusat untuk mengawal inflasi, dan membangunkan matawang dan harga yang stabil, maka matawang digital dikira sebagai evolusi pasaran.

Tetapi jika ianya sebahagian daripada eksperimen terhadap peranan perbankan pusat, maka ia sangat membimbangkan.”

Sejak tamat perkhidmatannya sebagai perdana menteri Kanada bermula 2006 sehingga 2015, teknologi kripto dan blockchain telah berkembang pesat di negara itu.

Buat masa sekarang, Bank of Canada sedang bergerak maju sejajar dengan pembangunan CBDC.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat