Belajar Trading Sejak Berumur 5 Tahun, Kini Digelarkan Sebagai ‘The Father of Trading System’

3,817

Cuba anda imbas kembali apakah yang anda lakukan ketika berusia 5 tahun. Usia yang terlalu muda, baru sahaja belajar mengenal dunia dan hanya tahu bermain. Berbeza pula dengan Ed yang kini dikenali sebagai ‘The Father of Trading System.’

Edward Arthur Seykota dilahirkan pada tahun 1946 di Belanda namun, telah berpindah bersama keluarganya ke Amerika Syarikat. Bapanya cuba untuk menceburkan diri dalam pasaran saham seterusnya menjadi mentor trading pertamanya.

Ed telah memulakan langkahnya dalam trading ketika baru berusia 5 tahun. Beliau telah menjual sebuah pingat berwarna emas yang dihadiahkan oleh bapanya untuk mendapatkan 5 buah kanta pembesar.

Di samping itu, beliau mula mempelajari tentang analisis teknikal ketika menjelang usia 9 tahun. Bilik tidurnya dipenuhi dengan radio lama, peralatan ujikaji dan oscilloscopes. Hal ini disebabkan minatnya dalam menghasil dan memaparkan bentuk gelombang.

Seterusnya, bapanya telah mendedahkan kepadanya cara-cara untuk membeli dan menjual saham. Beginilah kisah pencetus kepada kejayaannya dalam bidang pelaburan.

Ed memulakan kerjayanya dalam trading pada tahun 1970-an apabila berkhidmat dalam sebuah firma pembrokeran termuka. Beliau telah menubuhkan sebuah sistem trading komersil yang pertama untuk menguruskan wang dalam pasaran hadapan. Manakala pada hujung minggu, beliau akan menggunakan kerangka utama perakaunan IBM 360/65 untuk menjalankan ujikaji.

Oleh itu, beliau berjaya menguji 4 jenis sistem pada kira-kira 50 parameter yang berbeza pada 8 komoditi. Ianya mengambil masa hampir setengah tahun.

Malangnya, usaha yang dijalankan oleh Ed sia-sia kerana majikannya tidak berminat dengan sistem yang ditubuhkan sebaliknya mahukan sebuah sistem yang menghasilkan lebih banyak komisyen. Ed turut menyuarakan pendapatnya bahawa syarikat tersebut perlu untuk mendapatkan wang bagi pelanggan mereka.

Selain itu, majikannya enggan memberikan 10% daripada komisyen yang dihasilkan daripada sistem tersebut. Oleh yang demikian, beliau meletakkan jawatannya.

Ketika usianya menginjak ke angka 23, Ed telah mempunyai sebilangan besar akaun sekitar $10,000 hingga $25,000. Menjelang pertengahan tahun 1998, salah seorang pelanggannya yang bermula dengan modal sebanyak $5,000 telah berjaya memperolehi lebih daripada 250,000% melalui asas cash-on-cash. Ini merupakan hasil yang luar biasa!

Displin dan patuhi strategi dagangan merupakan kunci utama untuk beliau kekal dalam dunia perdagangan sehingga mengangkat nama beliau dan turut dikelaskan dalam kalangan “the trading gods”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat