Belanjawan UK Bakal Beri Impak Lebih Besar Berbanding Jangkaan Pasaran?

297

UK bakal melancarkan laporan tahunan belanjawannya pada hari ini dengan semua perhatian tertumpu kepada langkah-langkah kecemasan kerajaan untuk mengimbangi impak COVID-19 kepada ekonomi negara itu.

Menteri Kewangan, Rishi Sunak akan membentangkan belanjawan pertamanya di parlimen UK kira-kira jam 7.30 malam ini waktu Malaysia.

Terbaru, Bank of England (BoE) telah menurunkan kadar faedahnya daripada 0.75% kepada 0.25% sebagai tindak balas dalam menangani coronavirus.

Sehubungan itu, ia telah menimbulkan spekulasi di kalangan penganalisis bahawa belanjawan yang bakal diterbitkan mungkin akan memberi impak lebih besar daripada yang dijangkakan oleh pasaran sebelum ini.

Matawang pound yang jatuh selepas pengumuman mengejut BoE, kembali didagangkan meningkat berbanding US dolar, disokong oleh harapan rangsangan fiskal yang lebih besar daripada kerajaan UK.

Pada Selasa, Sunak memberitahu bahawa Britain akan meningkatkan pelaburan awam ke peringkat tertinggi sejak tahun 1965, dalam tempoh lima tahun dengan tujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di seluruh negara.

Pelaburan awam yang dijangka meningkat sebanyak £ 100 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, bakal menjadi titik perubahan kepada Britain setelah sekian lama mereka berusaha untuk menurunkan defisit belanjawan.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson sebelum ini telah berjanji untuk menyalurkan pelaburan ke kawasan yang lebih memerlukan sekiranya beliau memperoleh kemenangan dalam pilihan raya pada Disember lalu.

Sementara itu, Sunak juga memberitahu bahawa beliau akan mengumumkan langkah-langkah untuk mengimbangi ekonomi UK yang berdepan dengan ancaman virus maut China, dalam belanjawan pertamanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat