Beli BTC Semasa Harga $1,000, Individu Ini Untung $1 Bilion!

858

“Hmm kalau dia pun rase dia masih tak cukup lagi BTC, apatah lagi kita yang ikan bilis.”

Sebelum pasaran menghadapi pendarahan, pengasas syarikat Founder Fund, Peter Thiel yang merupakan penyokong tegar ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) membuat keputusan menjual sejumlah besar aset digitalnya untuk memperoleh keuntungan sebanyak $1.8 bilion.

Dilaporkan bahawa Thiel telah melabur dalam BTC sejak lapan tahun lalu apabila harganya berada di bawah paras $1,000 dan sehingga kini beliau menjana keuntungan lumayan susulan aset digital berjaya melepasi daripada zon harga yang dibelinya.

Semasa persidangan BTC 2022 di Miami pada bulan April, beliau bukan sahaja menyokong BTC malah mendorong pelabur meningkatkan pembelian aset digital itu kerana ia berpotensi untuk mengganti emas walaupun masih dinilai rendah.

Thiel sebelum ini turut menjangkakan harga BTC mampu mendaki 100 kali ganda daripada nilai dagangannya pada masa itu bernilai $44,000.

Sementara itu, beliau didapati tidak membuat sebarang pendedahan pengeluaran wang untuk Founders Fund.

Pun begitu, dana syarikat tersebut tidak terkesan sangat walaupun BTC dalam sekelip mata menjunam secara besar-besaran tahun lalu dengan berada di bawah paras harga $16,000.

Dalam pada itu, sebelum Founder Fund membeli lagi sejumlah BTC, Thiel yang juga merupakan co-founder PayPal merasakan beliau masih kurang melabur dalam aset digital tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat