Belum Habis ‘Kegilaan’ Turki, Kadar Faedah Turun Walaupun Inflasi 80%!

2,720

Bank pusat Turki sekali lagi mengejutkan pasaran dengan keputusannya pada Khamis untuk mengurangkan kadar faedah utamanya walaupun inflasi di negara itu melonjak melebihi 80%.

Penggubal dasar monetari negara itu memilih pemotongan 100 mata asas, menjadikan kadar polisinya (one-week repo) turun kepada 12% daripada 13%.

Kadar inflasi Turki mencecah 80.2% pada Ogos, meningkat untuk bulan ke-15 berturut-turut dan paras tertinggi dalam tempoh 24 tahun.

Turki juga mengurangkan kadar sebanyak 100 mata asas pada bulan lalu dan secara beransur-ansur menurunkan kadar faedah sebanyak 500 mata pada akhir 2021 yang telah mencetuskan krisis mata wang.

Menurut kenyataan daripada bank pusat itu, ia telah menilai bahawa tahap dasar yang dikemas kini adalah mencukupi di bawah tinjauan semasa.

Ia juga berkata pemotongan itu perlu kerana pertumbuhan dan permintaan terus perlahan, selain turut menggariskan mengenai risiko geopolitik yang semakin meningkat.

Negara itu telah mengamalkan pendekatan berbeza daripada yang lain sejak tahun lalu kerana Presiden Turki, Tayyip Erdogan menganggap kadar yang lebih rendah adalah satu-satunya cara untuk mengekang lonjakan inflasi.

Walau bagaimanapun, impaknya inflasi telah melonjak lebih empat kali ganda sejak setahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat