Benarkah New Zealand Telah Bebas Daripada COVID-19?

551

Terkini, dunia telah merekodkan hampir 3 juta kes yang disebabkan oleh wabak pandemik, coronavirus dan mencatatkan sebanyak lebih 200,000 angka kematian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah negara yang menunjukkan perkembangan positif dengan berlakunya penurunan kes semasa secara mendadak. Oleh itu, sesetengah negara memilih untuk melonggar perintah berkurung atau kawalan pergerakan secara berperingkat serta beberapa sektor perniagaan mula dibuka.

Meskipun begitu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi menegaskan bahawa wabak pandemik yang melanda dunia itu belum menemui penamatnya. Sehubungan dengan itu, organisasi berkenaan memberi peringatan kepada beberapa buah negara yang sudah mula melonggarkan langkah-langkah pencegahan wabak berkenaan agar lebih berhati-hati.

Pada hari ini, dunia telah dikejutkan apabila New Zealand telah mengisytiharkan bahawa mereka telah bebas daripada jangkitan wabak merbahaya, COVID-19. Negara tersebut merekodkan kes kurang daripada 2000 dengan jumlah kematian sebanyak 18.

Malah negara itu mendakwa bahawa mereka telah berjaya menangani penularan wabak COVID-19 dalam kalangan rakyatnya. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut yakin bahawa negara di bawah pimpinannya itu telah mencapai kejayaan yang cukup besar iaitu dengan menghapuskan wabak tersebut.

Pengumuman tersebut dibuat setelah negara itu hanya mencatatkan pertambahan 1 kes sejak beberapa hari lalu. Namun begitu, pakar kesihatan mengingatkan agar pihak kerajaan New Zealand tidak mengambil mudah tentang perkembangan itu. Hal ini demikian kerana wabak berjangkit COVID-19 boleh mencapai kepada tahap di luar jangkaan.

Berikutan dengan penurunan kes yang dicatatkan, Jacinda Ardern memutuskan untuk melonggarkan sekatan social yang dilaksanakan. Tambahan daripada itu, beberapa sektor perniagaan bakal dibuka semula pada hari ini. Seterusnya, para penduduk negara berkenaan diminta untuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19 dengan mempraktikkan penjarakan sosial.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat