Benarkah Sentimen Pasaran Kembali Pulih Semula?

296

Sesi pasaran Eropah hari ini menyaksikan penurunan pada dagangan dolar Euro selepas data tinjauan IFO perniagaan di Jerman mencatatkan penurunan 1.5 mata berbanding bulan sebelum ini kepada 94.3 untuk bacaan pada Ogos 2019. Penurunan lebih rendah berbanding jangkaan 95.1 mata itu turut merekodkan bacaan terendah sejak November 2012.

Bacaan tersebut juga mengekalkan penurunan kali ke 11 berturut-turut sejak Ogos tahun lalu. Sektor perkilangan di Jerman dijangka akan terus merudum dan dilihat sukar untuk kembali pulih.

Perkembangan perang dagang AS-China setakat sesi Eropah hari ini, berita positif dilaporkan selepas sentimen pasaran dihangatkan oleh serangan berbalas tarif antara dua ekonomi utama dunia tersebut.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan China telah memberitahu kepada wakil rundingan AS semalam untuk kembali berunding semula.

Trump dalam ucapannya pada hari ketiga persidangan G7 di Perancis ada menyatakan Amerika dan China akan kembali berunding semula untuk mencapai kesepakatan dan ini merupakan satu perkembangan positif kepada dunia.

Dua panggilan diterima dari China dengan bertujuan untuk meneruskan rundingan dagang. Trump memberitahu rundingan bakal dimulakan dalam masa terdekat dan optimis kesepakatan perjanjian akan dicapai.

China dilihat tidak ingin kehilangan rantaian bekalan dan Amerika Syarikat akan lebih serius terhadap China. Laporan yang tersebar ini sedikit sebanyak kembali meredakan ketegangan dalam pasaran.

Dagangan dolar USD dan AUD akan kembali mengukuh berikutan pemulihan pada sentimen pasaran. Sementara aset safe-haven terutama Yen dan Swiss franc dijangka akan kembali diniagakan lemah.

Begitu juga nilai emas yang kembali menunjukkan penurunan selepas mencapai paras tertinggi 6 tahun pada awal sesi Asia pagi ini, manakala harga minyak mentah bakal kembali mencatatkan kenaikan semula ekoran keredaan terhadap isu perang dagang AS-China tersebut.

Pantau juga data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini. Data yang menjadi petunjuk terhadap pengeluaran itu akan turut mempengaruhi pergerakan matawang dolar USD.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat