Benarkah Tanggapan Penganalisis Bahawa Disember Merupakan Bulan Yang Agak Suram Buat Logam Kuning?

48

Harga emas agak merosot pada Jumaat menjelang data pekerjaan AS yang bakal menentukan prospek peningkatan kadar oleh Fed bulan ini.

Jika data NFP dilaporkan meningkat seperti yang dirancang, ia sudah dianggap mencukupi bagi kebanyakan penganalisis untuk memberi jaminan kepada Fed untuk mengetatkan jaminan terhadap pasaran buruh.

Harga emas di Comex meningkat sebanyak 0.57% kepada $1,176.05 satu troy ounce. Sementara itu, silver futures dijangka meningkat dan copper futures merosot.

Semalam, harga emas jatuh selepas data aktiviti pembuatan US mengimbangi semula laporan tuntutan awal pengangguran yang agak mengecewakan.

Data yang semakin mengukuh ini menybabkan Fed akan mengambil pendekatan yang lebih agresif terhadap dasar monetari pada bulan ini. Fed enggan menaikkan kadar sewaktu pemerintahan Obama berikutan prestasi ekonomi yang agak suam. Ekonomi ketika itu sedang memulih daripada kemelesetan yang agak teruk pada tahun 2007.

Jangkaan pasaran terhadap dasar monetari yang lebih ketat akan memberi tekanan berganda buat emas bulan ini.

23 Buah Negara Ini Tersenarai Sebagai Negara Yang Mempunyai Pekerja Paling Gembira dan Setia di Dunia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat