Bercampur Macam Air Batu Campur, Bursa Mula Melantun Pula

172

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menaik 2.86 mata pada 1,511.77 daripada penutupan Selasa pada 1,501.91.

Indeks dibuka 0.13 mata pada 1,508.78.

Ia dibuka bercampur kemudian mulai mencanak, menandakan lantunan daripada kerugian yang dicatat 7 hari berturut-turut semasa kebimbangan yang berterusan meningkat ekoran krisis geopolitik dan mesyuarat Federal Reserve (Fed) menjelang Rabu.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 150 berbanding 97, manakala 201 kaunter pula tidak berubah, 1,832 tidak didagangkan dan 30 digantung.

Jumlah perolehan pada 100.62 juta unit bernilai RM50.18 juta.

Naib Presiden Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata walaupun terdapat aktiviti bargain-hunting, sentimen pasaran kekal dalam kegelisahan dan masih banyak bergantung kepada turun naik (volatility) serantau.

Tambahnya lagi, walaupun paras 1,500 sokongan agak berdaya tahan, andai ditembusi, paras sokongan seterusnya adalah di paras 1,480.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank), Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) dan IHH Healthcare tambah 1 sen pada RM8.24, RM8.91 dan RM6.34, Public Bank dan CIMB Group Holdings Bhd naik 2 sen pada RM4.20 dan RM5.27 sementara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd capai 4 sen pada RM9.10 dan RM6.04.

Saham aktif memperlihatkan Pertama Digital Bhd tambah 0.5 sen pada 64.5 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) macu 2.5 sen pada 88.5 sen dan Senheng New Retail Bhd lonjak 2 sen pada 87.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE mekar 21.29 mata pada 5,992.29 dan FBM 70 naik 25.54 mata pada 13,356.56 sementara FBM Emas tambah 20.21 mata pada 10,843.54, FBMT 100 kukuh 20.02 mata pada 10,561.61 dan FBM Emas Shariah capai 15.81 mata pada 11,516.60.

Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 41.42 mata pada 15,702.32, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 0.29 mata pada 198.91 dan indeks Perladangan melayu 5.93 mata pada 6,625.38.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat