Berdepan Kemerosotan Ekonomi Dan Inflasi Tinggi, Ini Reaksi Rakyat Eropah!

197

Pengguna di Zon Eropah bersiap sedia bahawa kemerosotan ekonomi dan inflasi yang tinggi akan terus memberi tekanan kepada pendapatan mereka pada tahun depan, satu tinjauan Bank Pusat Eropah (ECB).

Tinjauan Jangkaan Pengguna yang digunakan oleh penggubal dasar sebagai input dalam perbincangan mereka dan diterbitkan pada hari Khamis buat kali pertama, menunjukkan isi rumah mula hilang kepercayan terhadap keupayaan ECB untuk menurunkan semula inflasi kepada sasaran 2%.

Menurut tinjauan yang dijalankan pada Jun, pengguna meletakkan jangkaan bahawa harga akan meningkat sebanyak 5% pada tahun berikutnya dan menyaksikan inflasi pada 2.8% dalam tempoh tiga tahun.

Ini dibandingkan dengan jangkaan untuk pendapatan nominal yang meningkat 0.9% dan perbelanjaan sebanyak 3.9%, membayangkan pengurangan besar dalam keupayaan isi rumah untuk menyimpan. Pengguna turut menjangkakan ekonomi akan menguncup sebanyak 1.3% pada tahun depan.

Sementara ECB pula meramalkan inflasi pada purata 6.8% pada tahun ini sebelum jatuh kepada 3.5% pada 2023 dan 2.1% pada 2024. Ia menyaksikan pertumbuhan pada 3.7% pada 2022, 2.8% tahun depan dan 1.6% dalam 2 tahun akan datang.

Untuk makluman, tinjauan ini telah dijalankan melalui temu bual ke atas 14,000 isi rumah setiap bulan dari Belgium, Sepanyol, Jerman, Perancis, Itali dan Belanda  yang mewakili 85% daripada KDNK Zon Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat