Berdesup Bursa Meroket Semasa Permulaan Bulan Terakhir 2022

218

Permulaan Disember 2022 memperlihatkan Bursa Malaysia dibuka positif, seiring prestasi cemerlang semalaman di Wall Street selepas komen Presiden Federal Reserve Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan utama pasaran.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 2 mata pada 1,490.80 sebelum naik 4.08 mata pada 1,492.88 berbanding penutupan Rabu pada 1,488.80.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 286 atasi kerugian pada 116, manakala 231 kaunter pula tidak berubah, 1,600 tidak didagangkan dan 14 digantung.

Jumlah perolehan pada 228.96 juta unit bernilai RM94.08 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, fasa penyatuan pada KLCI telah berakhir dengan kemunculan aktiviti pembelian yang dijangka mengubah minat kepada sektor pembinaan dalam merangsang ekonomi domestik.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank capai 4 sen pada RM8.67, Petronas Chemicals Group Bhd naik 6 sen pada RM8.60, CIMB Group Holdings Bhd lonjak 2 sen pada RM5.82, Public Bank Bhd kekal pada RM4.50 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) turun 5 sen pada RM9.37.

Saham aktif memperlihatkan MQ Technology Bhd kekal pada 5 sen, Infomina Bhd kumpul 6.5 sen pada 64.5 sen, Reach Energy Bhd tambah 1 sen pada 5 sen, Zen Tech International Bhd dan Fintec Global Bhd turun 0.5 sen pada 3.5 sen dan 1 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 40.19 mata pada 10,673.89, indeks FBMT 100 capai 38.50 mata pada 10,390.76, indeks FBM Emas Shariah lonjak 42.97 mata pada 10,826.06, FBM 70 canak 88.12 mata pada 12,939.21 dan FBM ACE kumpul 25.99 mata pada 5,237.14.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan canak 45.72 mata pada 16,669.06, indeks Perladangan naik 50.42 mata pada 6,778.19, indeks Produk serta Perkhidmatan tambah 0.53 mata pada 182.29 dan indeks Tenaga tambah 9.73 mata pada 777.24.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat