Bergerak Laju Saham Syarikat Ini

1,664

Dagang NeXchange Bhd (DNeX) muncul sebagai saham paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia pada sesi awal hari ini selepas syarikat tersebut mengumumkan rancangan pengambillalihan terbaharu minggu lepas.

Pada 9.45 pagi, harga saham itu naik 15 sen kepada 27.5 sen, dengan 78.70 juta unit bertukar tangan.

Pada Jumaat lepas, DNeX mengumumkan telah memeterai perjanjian jual dan beli saham bersyarat (SSPA) dengan pemegang saham Ping Petroleum Ltd yang lain untuk membeli 60% modal saham terbitan dalam Ping yang tidak dimiliki oleh DNeX pada AS$78 juta (RM314.3 juta).

Bernama melaporkan, DNeX pada masa ini memiliki 30% kepentingan dalam syarikat minyak dan gas yang diperbadankan di Bermua, Ping, melalui DNeX Energy.

“Ping adalah pelaburan yang kukuh, sentiasa mencatatkan keuntungan, menjana aliran tunai operasi yang positif dan tidak ada hutang dengan lembaran imbangan yang baik.

“Urus niaga ini juga menyokong strategi DNeX untuk mengukuhkan kedudukannya dalam perniagaan minyak dan gas huluan, yang boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa,” ujar Pengarag Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam kenyataan pada Jumaat lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat