Berita Baik Awal Minggu, Saham Bank AS Terbang!

356

Indeks utama saham Amerika Syarikat meningkat pada hari Isnin, dengan saham perbankan mendapat sokongan meluas daripada berita pembelian Silicon Valley Bank (SVB) oleh First Citizens Bancshares.

ETF Perbankan Serantau SPDR S&P melonjak lebih 3%, menyaksikan First Republic dan PacWest menjadi antara saham berprestasi terbaik.

Saham First Republic meningkat sebanyak 13%, manakala PacWest Bancorp dan Western Alliance masing-masing memperoleh 2.5% dan 5.5%.

First Citizens BancShares pula menyaksikan lonjakan 40% dalam sahamnya selepas mengumumkan pengambilalihan kira-kira $72 bilion aset SVB pada diskaun $16.5 bilion.

Selain itu, Deutsche Bank, yang mengalami kerugian besar minggu lalu, menyaksikan kenaikan sebanyak 3.6% dalam saham tersenarai di AS.

Dow Jones Industrial pula ditutup positif, dengan meningkat 0.60% kepada 32,432.09. Sementara S&P 500 menokok 0.17% pada 3,977.54 dan Nasdaq pula susut 0.74% pada 12,673.07.

Indeks US30 pula sedikit berubah pada sekitar 32,464 ketika sesi dagangan Asia.

Keupayaan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan pantas sebagai tindak balas terhadap kegagalan bank dan pergolakan pasaran telah membantu menenangkan pelabur.

Bagaimanapun, keadaan dilihat masih tidak menentu menyebabkan pasaran lebih berwaspada dan mengharapkan kestabilan akan kembali dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Alphabet, Meta dan Microsoft adalah antara yang paling rugi dalam Nasdaq disebabkan penjualan dalam saham syarikat mega cap (modal pasaran lebih $200 bilion).

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat