Berita Baik Buat XRP Holders- Melancong Guna XRP Bukan Lagi Halangan!

2,548

Sebelum ini pernah dikongsikan matawang kripto yang kini semakin menjadi sebutan iaitu Travala, Ava. Travala, merupakan agen travel yang membolehkan para pengguna untuk membuat tempahan hotel,penerbangan, destinasi pelancongan dan lain-lain dengan menggunakan kripto. Syarikat ini telah mula beroperasi sejak tahun 2017 dan memiliki rangkaian hotel lebih 2 juta hotel dan lebih 90 ribu destinasi di dunia pada ketika ini.

Ia merupakan syarikat pelancongan awal yang menggunakan teknologi blockchain pada industri pelancongan. Perkhidmatan yang dibangunkan adalah perkhidmatan yang mesra kripto. Orang ramai boleh akses kepada produk dan perkhidmatan Travala dengan menggunakan kripto yang mendapat sokongan ataupun matawang kripto Ava.

Dengan menggunakan kripto, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan mereka seperti menempah hotel, rumah, penerbangan dan lain-lain.

Pada bulan lalu, harga Ava hanyalah pada sekitar $2 seunit, namun pada hari ini ia telah mencecah paras harga $4.83 seunit.

Apa yang menarik pada laporan terkini ialah, XRP holder kini boleh menggunakan XRP untuk menempah hampir 3 juta produk yang disediakan dalam Travala. Bayar dengan XRP melalui Binance Pay dan dapat 10% pulangan tunai sehingga 31 Mac ini. Tagline yang dikongsikan Travala di halaman twitter mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat