Berita Baik Dari Eropah! Mario Draghi Perdana Menteri Baru Itali

416

Mantan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi telah dilantik sebagai ketua kerajaan perpaduan baru Itali.

Pelantikannya sebagai Perdana Menteri Itali, bertujuan untuk menyelesaikan krisis politik yang telah lebih empat minggu melanda negara itu yang turut bergelut dengan wabak coronavirus.

Pemerintahan Giuseppe Conte sebelum ini, musnah setelah berlaku ketegangan dengan sekutu gabungan mengenai penggunaan dana dari Kesatuan Eropah (EU) untuk pulih dari krisis coronavirus.

Beliau telah memilih beberapa teknokrat utama dalam kedudukan yang lebih sensitif terhadap belanjawan seperti menteri kewangan (timbalan gabenor Banca d’Italia, Franco), menteri tenaga dan persekitaran juga untuk transformasi digital.

Sementara itu, dalam kancah politik EU, Draghi dijangka akan membentuk pendekatan pro-EU yang kuat, dan juga pendekatan pragmatik (berurusan dengan perkara-perkara dengan bijak dan realistik dengan cara yang berdasarkan pertimbangan praktikal dan bukannya teori) untuk mencapai kesepakatan.

Pelantikan ini disambut baik oleh pasaran yang sememangnya terkenal kerana telah menyelamatkan Eropah dari krisis hutang negara semasa bertugas sebagai Presiden ECB sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat