Berita Baik Dari UK, Cukupkah Untuk Menyokong Matawang Pound?

292

Prospek terhadap matawang pound semakin cerah apabila terdapat tanda-tanda gelombang ketiga jangkitan Covid-19 di UK telah berakhir.

Ini dapat dilihat pada dagangan pound yang telah mempamerkan prestasi cemerlang pada minggu ini, yang memperlihatkan matawang itu meningkat lebih tinggi berbanding dolar greenback.

Pada hari Isnin, Britain melaporkan kemerosotan 38% dalam kes Covid-19 dalam tempoh satu minggu, dengan angka kes harian baru terus menunjukkan penurunan untuk hari keenam berturut-turut.

Sebanyak 24,950 kes positif baru dilaporkan hari ini pada hari Isnin, berbanding 39,950 kes yang dilaporkan Isnin lalu. Laporan terbaru untuk hari Selasa masih belum dikeluarkan.

Bagaimanapun, kenyataan terbaru daripada pembuat dasar Bank of England (BOE), Gertjan Vlieghe dan pertikaian antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) membantutkan pergerakan matawang pound.

Beliau memberitahu bahawa bank pusat tidak seharusnya mengurangkan rangsangannya sehingga tahun 2022 kerana kenaikan inflasi baru-baru ini mungkin sementara dan wabak Covid-19 tetap menjadi ancaman kepada ekonomi.

Vlieghe juga mengatakan beliau ingin melihat kesan dari penarikan rangsangan oleh kerajaan terhadap ekonomi dalam beberapa bulan mendatang, termasuk daripada skim subsidi upahnya.

Sementara UK dan EU masih lagi tidak dapat mencapai kesepakatan dalam isu protokol Ireland. Britain menuntut EU untuk merundingkan semula perjanjian yang telah dibuat tahun lepas.

Ketika penulisan, matawang pound diniagakan sedikit susut di sekitar harga 1.37900 susulan peningkatan semula US dolar pada awal sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat