Berita Ini Tak Kurang Penting Untuk Semua Trader Minyak Mentah

39

Minyak mentah melonjak dalam sesi Asia pada Khamis untuk memberi peluang kepada pelabur bagi mencerna data simpanan stok Amerika Syarikat. Disamping itu kebanyakan pelabur masih mencari isyarat daripada pengeluar utama mengenai prospek pembekuan output.

Minyak mentah bagi penghantaran Oktober meningkat 0.21% kepada $43.67 setong. Di ICE Exchange di London, minyak Brent juga meningkat 0.46% kepada $46.06 setong.

Semalaman, WTI mentah mengalami kerugian dalam sesi Eropah.

Maklumat Tenaga Amerika Syarikat dalam laporan mingguannya menunjukkan inventori minyak mentah merosot sebanyak 559,000 tong dalam minggu berakhir 9 September.

Menurut EIA, bekalan di Cushing, Oklohama yang juga pembekal utama NYMEX mentah jatuh sebanyak 1.245 juta tong minggu lepas.

Peniaga minyak terus meletakkan kepercayaan bahawa pertemuan pada bulan ini bakal mencapai keputusan untuk membekukan bekalan minyak mentah.

Anda Mesti Kenal Pelakon Termahal Ni, Kan?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat