Berita Niaga – Apple Ingin Bersaing Dengan Spotify, Industri Muzik Bakal Berubah.

83

Berita Niaga Global

Apple

Apple Inc telah mencapai kesepakatan untuk membeli aplikasi Shazam Enterteinment Ltd demi meningkatkan mutu perkhidmatan muzik mereka dan bersaing dengan Spotify.

Aplikasi dikatakan mampu untuk mengenali sesuatu lagu yang diputarkan di telefon. Selain itu Shazam juga memiliki fungsi lain iaitu dapat mengenal pasti siri tayangan televisyen, namun ia belum lagi sempurna.

Pada hari Isnin, Apple telah membeli Shazam dengan nilai $400 juta dolar.

Bagi Apple, “Apple Music dan Shazam sangat sepadan, untuk meningkatkan  lagi teknologi muzik dan memberikan kepuasan pengalaman kepada pengguna.”

Apple Music memiliki 27 juta pengguna, bersaing dengan Spotify yang memiliki 60 juta pengguna.

Facebook

Mark Zuckerberg melancarkan Messenger Kids yang diperuntukkan bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Aplikasi pesanan ringkas tersebut tidak memerlukan akaun Facebook. Hal ini kerana menurut undang-undang Amerika Serikat (AS), rakyat yang berusia di bawah 13 tahun tidak boleh mendaftar Facebook secara rasmi.

Justeru, Messenger Kids memerlukan pengawasan atau bimbingan ibu bapa jika anak-anak tersebut ingin menggunakannya. Pengawasan penuh diperlukan. Ibubapa boleh memantau aktiviti anaknya di Messenger Kids melalui aplikasi utama Facebook.

Facebook telah membuat kenyataan bahawa aplikasi ini bebas digunakan kanak-kanak kerana tidak ada iklan dalam aplikasi tersebut.

Facebook juga menegaskan bahwa Messenger Kids  bebas dari unsur-unsur negatif.

Berita Niaga Lokal

Air Asia

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia bagi tahun kelima berturut-turut oleh World Travel Awards (WTA) 2017.

Air Asia mengguguli Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, EasyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, Flydubai, Air Arabia, Flynas, Kulula, Mangga dan Fastjet.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat