Berita Perniagaan Lokal Dan Global Pada Hari Ini

47

Perniagaan Lokal

Perbankan

Cimb Group mencatat peningkatan hasil keutungan sebanyak 10.6% kepada RM1.13 billion bagi suku tahun ketiga 2017 berbanding tahun sudah, hasil keuntungan hanyalah mencapai RM1.02 billion.

CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM4.57 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2017.

Berdasarkan laporan, yang mendukung keuntungan CIMB ialah margin faedah bersih yang positif, peruntukan yang berkurangan secara berperingkat dan aktiviti pasaran modal lebih kukuh.

Semalam juga dilaporkan bahawa RHB Bank juga mencatat keuntungan sebelum cukai RM644.07 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2017, berbanding RM662.62 juta pada suku yang sama 2016.

Faktor yang mendorong peningkatan keuntungan itu ialah disebabkan pendapatan berasaskan dana bersih lebih rendah berikutan persaingan hasil semakin meningkat.

Dunia Korporat

Berdasarkan kajian CIMB, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan terus berkembang dan meraih keuntungan pada tahun ini. MAHB dijangkakan menunjukkan pengukuhan pada suku tahun keempat melebihi sasaran penganalisis.

Pertumbuhan itu didorong oleh prestasi cemerlang di Landasan Kapal Terbang Istanbul Sabiha Gokcen (ISG).

Keuntungan utama bersih mencatat keuntungan RM85 juta, naik 59%(YOY).

Perniagaan Global

SoftBank Group Corp dari Jepun menawarkan untuk membeli saham Uber Technologies Inc dengan nilai sebanyak $48 billion iaitu 30% lebih murah daripada nilai pasaran sebanyak $68.5 billion.

Tawaran tersebut telah mendapat persetujuan pihak atasan Uber. SoftBank akan memiliki 17 peratus saham Uber dengan harga pembelian US$48 billion.

Tawaran SoftBank diterima kerana dilihat sejajar jangkaan pelabur Uber. Setelah melakukan pembelian saham, SoftBank juga disebutkan akan melakukan pelaburan terpisah sebesar US$1 billion terhadap Uber.

.

Majalah terkemuka Amerika Serikat (AS) Time Inc akan dibeli oleh syarikat pesain iaitu Meredith Corporation dengan harga US$2.8 billion.

Menurut pihak Time, ini semua dilakukan demi kepentingan terbaik syarikat dan pemegang saham. Pendapatan syarikat itu telah menurun sejak 2014. Pendapatan suku tahun ketiga, jatuh sebanyak 9.5 peratus menjadi US$679 million.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat