Berita Terkini Yang Trader AUD dan NZD Perlu Tahu!

93

Keputusan Fed bagi mengekalkan dasar monetari telah mencatat peningkatan bagi Dollar Australia dan New Zealand berbanding US Dollar pada hari Khamis.

AUD/USD meningkat 0.43% kepada 0.7524

AUD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit

 

Fed meninggalkan kadar faedah tidak berubah pada akhir mesyuarat yang berlangsung selama 2 hari itu.

Dalam satu kenyataan dasar bulanan, Fed berkata, “risiko jangka masa terdekat bagi prospek ekonomi telah berkurangan” dan pasaran buruh “mengukuh”.

Tinjauan juga mendorong spekulasi mengenai kenaikan kadar faedah dalam jangka masa terdekat oleh Bank Pusat Amerika Syarikat, seawal September.

NZD/USD pula meningkat 0.47% untuk didagang pada 0.7109, yang tertinggi sejak 19 Julai.

NZD/USD, 15 minit
NZD/USD, 15 minit

 

Matawang komoditi juga disokong oleh pemulihan harga minyak pada hari Khamis, walaupun pasaran terus dipengaruhi dengan masalah lebihan global.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar juga menurun 0.27% kepada 96.49, yang paling rendah sejak 15 Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat